Apa itu kolagen, serta kaitan Vitamin C dan E dengan kulit yang muda?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  




credit to http://everybodylovescery.blogspot.com/

meh kita baca info mengenai kolagen (^_^)

Kolagen adalah sejenis protein yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan.Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal.Kulit menjadi berkedut. Salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan

Vitamin C dan E Untuk Pembentukan Kolagen

Bahan2 semulajadi yang mengandungi vitamin E dan C amat baik untuk kulit.Ia berfungsi didalam pembentukan kolagen.Kolagen menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit.Vitamin C dan E juga ialah sebagai bahan antioksidan yang melindungi daripada radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan penuaan.Vitamin C diperolehi melalui buah-buahan seperti lemon,kiwi,jambu,mangga dan betik.Vitamin E pula diperolehi daripada kekacang dan aprikot amnya..

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  1. memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  2. memelihara kelembapan kulit
  3. menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  4. menguatkan otot dan tulang
  5. membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  6. memelihara kelenturan sendi
  7. mengurangkan keradangan(inflammation)
  8. memberi tenaga
  9. membantu pola tidur
  10. memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


credit : yoursupermom.com



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 711 1260
Facebook Fanpage  : Nur Salwa E-Shoppe

No comments: