Kesihatan bayi melalui warna najis

kelmarin, seorang kenalan baru iaitu yazmen mesej saya bertanyakan mengenai warna najis anak beliau.. beliau agak terkejut kerana warna najis anak dia berwarna hijau.. meen risau mungkinkan warna najis tersebut bertukar warna kerana pengambilan Shaklee (meen pengguna trial pack set B).. ohhh tidak yea kawan-kawan.. tapi ape yg menyebabkan warna najis bayi dia bertukar warna..? Jom baca info yg saya dapat ini..
________________________________________________________

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.


Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

http://1.bp.blogspot.com/_2lTXGzegbEc/S9UbJmdXs5I/AAAAAAAAB48/z2kJ7p2Vlco/s320/DSC03578.JPG
- cth Najis after 16 jam di bawah fototerapi light. Utk bayi yg kene jaundis -

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.


Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.


Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.


Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.


Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


sumber drp : http://bidanbersalin.blogspot.com/ 

1 comment:

IEZA said...

Thanks dengan info yg bagus ni...,kita memang dlm pantang..nasib baik najis baby kita warna kuning yg di tulis tersebut..tak ada masalah la...